Monday 19 December 2016

cara kira visceral fat


Bagaimana Lemak Viseral boleh bertambah?
Asa beberapa FAKTOR bertambahnya VISCERAL FAT...
1. sebab keturunan
2. perubahan hormon
3. pertambahan usia

Bagaimana mengetahui sama ada tahap lemak viseral seseorang itu memberikan risiko kesihatan yang tinggi atau tidak?
Terdapat beberapa cara untuk mengetahui kadar lemak viseral yang terdapat di dalam badan kita, antaranya:-

1. Pengiraan Indeks Berat Badan (BMI)
menggunakan formula BMI=berat(kg)/tinggi kuasa dua (m2)

    BMI = kurang daripada 18.5
    BMI = 18.5-24.9 normal
    BMI = 25 - 29.9 lebih berat badan (overweight)
    BMI = lebih daripada 30 (obese)

2. Pengiraan nibah pinggang-pinggul (waist to hip ratio)
dimulakan dengan mengukur ukur lilit pinggul, pita pengukur haruslah melilit bahagian paling lebar pada pinggul. Kemudian ukur pula ukuran lilit bahagian paling kecil pada pinggang, biasanya atas sedikit daripada pusat.

Buat pengiraan dengan menggunakan formula, Nisbah Pinggang - Pinggul = ukuran pinggang (cm) / ukuran pinggul (cm).

Nisbah pinggang-pinggul (NPP) yang sihat ialah 0.8 dan ke bawah untuk perempuan dan 1.0 dan ke bawah untuk lelaki. Kalau NPP melebihi kadar yang sepatutnya bererti lemak viseral kita adalah tinggi dan kita mendedahkan diri kita kepada risiko penyakit tak berjangkit!

 Menurut kajian, seseorang yang mempunyai bentuk badan seperti buah epal - yang memiliki bilangan lemak yang tinggi di kawasan tengah - mempunyai risiko kesihatan yang lebih tinggi berbanding seseorang yang mempunyai bentuk badan seperti buah pir.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...