Monday 23 May 2016

HATI raja TUBUH kita. apa kena mengena dgn PROGRAM DETOX ??

Ramai dah orang daftar nak DERMA ORGAN .err saya belum lagi.Rasa ketar dagu le.Tapi tengoklah dulu kesihatan TUBUH dan segala ORGAN kita sebelum nak DERMA. Hiiii...

Hati merupakan organ dalaman dan kelenjar terbesar dalam tubuh kita
Ia berfungsi sbg FILTER kepada semua bahan BUANGAN( penyahtoksikan danmetabolisma ) tubuh.

Ia di bahagian abdomen dan berada di bawah tulang rusuk.
Kedudukan hati selalunya di bawah rusuk sebelah kanan tetapi ada juga individu yang hatinya terletak di sebelah kiri.
SUBHANALLAH. Tuhan amat suka kepada kita yang menjaga KESIHATAN. HATI ditugaskan utk menyingkirkan semua bahan MERBAHAYA dalam TUBUH.

Err,,makan racun ke kita ??

Kalau tak ada racun , kenapa tuhan ciptakan HATI ni ya tak ?. Selagi kita bernafas, boleh makan, minum, tidur, beerti HATI kita masih berfungsi, cuma mungkin ada sedikit ketidak sempurnaan kerana kita tidak memberikan sepenuh penjagaan pada ORGAN MAHA PENTING ciptaan ILAHI ini..

Hati juga boleh menukar sesetengah bahan menjadi AKTIF , lalu digunakan utk kebaikan TUBUH .bahan berbahaya yang dikeluarkan melalui najis atau air kencing adalah yang asalnya diproses oleh HATI.

Hati juga menghasilkan HEMPEDU yang disimpan di dalam pundi hempedu .
Ia bertujuan utk digunakan dalam proses penghadaman lemak.

Akhir sekali , tahukah anda bahawa HATI adalah GUDANG SIMPANAN PENTING untuk GULA,LEMAK, PROTEIN dan semua NUTREIN yang akan digunakan mengikut keperluan TUBUH.

So.. NAMPAK KAN..sangatlah BESAR keperluan HATI utk TUBUH kita 




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...